mokteh

khas untuk yang mengenali dan paling istimewa untuk anak2

BEZA 5:25 PM

Dapat baby girl?.. tahniah. masuk hari ke3 aku masih belum ada kesempatan melawat baby tu lagi. Tak tahu apa perasaan ku tentang berita tu. Sepupuku tu dah pencen 2 tahun lepas. Dengan isterinya yang pertama dapat 3 cahaya mata..semuanya dah kawin, ada kehidupan sendiri. Rezeki melempah ruah dengan isteri baru ni bersusun-susun pula Allah kurniakan.. maklumlah isterinya baru 30an. Kiranya umur dia menjangkau 70 tahun anak sulung dengan isteri kedua ni tak masuk sekolah menengah lagi.. takut juga fikir masa depan budak2 tu. Kesian abe &@*% tu ye.. dah tua2 baru nak beranak..kataku pada suami.. Eh, baik pe.. hebat le tu... tu le pandangan lelaki perempuan tentang masalah ni sangat berbeza...

sukan dan suntik 4:01 PM

Hari ni ada latihan Rumah Sukan, pasukan Asma dan Rufaidah, pemantau sepatutnya Pn Izayu, dia ada hal maklumlah anak kesil2 lagi, so kerana aku seorang yang berperikemanusiaan yang tinggi aku ambil alih tempat dia.. memantau aktiviti hari ini.. sambil tunggu jam 4 bolehlah aku buat apa-apa yang patut untuk P&P esok. hari ni nampaknya 6 petang baru balik.. kesian Honey.. kita makan nasi bungkus je la malam ni.
9.40 pagi tadi aku masuk kelas 3US, pelik betul dengan budak-budak ni asyik minta nak ke bilik air, bukan sorang tapi beberapa orang.. aku cuma benarkan 2 orang yang benar-benar terdesak je.. baru nak mula P&P seorang pengawas ketuk pintu bilik " Cikgu, misi suruh pelajar kelas ni ke Bilik Guna Sama Asrama sekarang juga.. ada suntikan.." OOOOO.. faham... sbb tu berduyun2 ke tandas.. masa mereka bersalam nak keluar bilik darjah, terasa dingin sekali tangan mereka...

3:48 PM

19 Jun 2009 ...Rasa teruja dengan tarikh tu. Anakanda yang belajar di King College akan tiba di KLIA. Nasib baik hari tu jatuh pada hari Jumaat, jadi umi dan abah akan ke KLIA. Bertolak pagi jumaat dan singgah di UPSI dan Branang ambil Anakanda2 untuk sama-sama ke KLIA.
Sekejap rupanya masa berlalu, dan nak abis tahun pertama , masih ada 2 tahun lagi, mean 2 kali balik Malaysia.. kejayaan menuntut pengorbanan.. cuma dalam tempoh itu harap tiada apa2 halangan.. Allah selamatkan kita

Apa Sebenarnya 2:57 PM

Apa sebenarnya
hingga kita dipertemukan begini di sini
setelah 3 dekad berlalu....
mata itu
telah menggegarkan dengup jantnugku, hingga aku
hampir kecundang menyembah bumi
wajah itu....
walau pudar dimamah usia
tetap jua ku kenali
namun, tiada suara lunak yang
meniti bibirmu atau bibirku, hingga
aku menjadi teramat keliru
samada untuk meneruskan permusuhan lalu
atau mengakhirinya dengan kemanisan bicara
usia pantas berlalu tanpa kenal erti jemu
dan kita sebenarnya sedang memamah
sisa-sisa usia kehidupan yang sedikit berbaki, setelah
berjaya menyempurnakannya mengikut acuan ILAHI
serta akur dengan kelemahan diri
siapakah kita untuk menyalahkan sesiapa, kiranya taqdir
merencanakan sedemikian rupa????
Namun terpulanglah
jika kesumatmu menggungguli segenap sanubarimu
bersama keangkuhan dan keegoanmu yang tidak berubah

Oh.....TUHAN
sesungguhnya aku amat letih memikirkan
& aku ingin pulang ke sisi MU tanpa
setitis noda yang berona

mei 2007
umi

Mesra Alam 11:06 AM

Puas fikir macam mana nak selesaikan

salam perkenalan... 12:26 PM

cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar diri ini sudah ditinggalkan anak-anak demi meneruskan perjuangan mereka menimba ilmu.. kalau dulu memang tak sempat langsung memikirkan soal peribadi kerana banyak masa di khususkan untuk urusan anak-anak.. kini mereka sudah menemui kehidupan sendiri. Hidup berdua pula tidak mengizinkan masa sembang yang panjang kerana digunakan untuk kerjaya masing-masing. Dunia tanpa sempadan tidak menghadkan umur untuk kita menerokai teknologi yang canggih.. tidak mahu digelar ketinggalan zaman , maka inilah masanya untuk kita mempelajari dan menggunakan ICT untuk sesuatu yang positif.. selain dapat berhubung dengan anak-anak.. ia juga adalah suatu alat untuk komunikasi berkesan dalam P&P.. kini penggunaan masa akan menjadi lebih berkualiti..